Sunday, January 20, 2013

PROGRAM GALAKAN MEMBACA BERSAMA AGROBANK


1.      PENDAHULUAN

Aktiviti Galakan membaca merupakan acara tahunan yang dirancangkan dengan matlamat utama menanam minat dan amalan membaca kepada masyarakat setempat melalui aktiviti,acara dan pertandingan yang telah dilaksanakan,telah meningkatkan jumlah ahli dan pinjaman serta memberi kesedaran mengenai kepentingan membaca.

2.      OBJEKTIF

2.1.1        Mencungkil bakat para peserta menyampaikan maklumat
2.1.2        Memberi peluang kepada peserta untuk menyerlahkan bakat mereka
2.1.3        Meningkatkan daya kemahiran berfikir secara terbuka dan kreatif peserta.
2.1.4        Meningkatkan keyakinan pelajar sekolah dalam penggunaan bahasa yang baik.

3.       PELAKSANAAN
      Tarikh                         :           10/11/2012 (Sabtu)
      Masa                           :           8.00 pg – 12.30 pg
      Tempat                       :           Perpustakaan Desa Kg. Serigala
Perasmi                       :           - Tiada -
Kumpulan Sasaran     :           Kanak-kanak,Remaja dan Dewasa
Jumlah Peserta            :            84 Orang
Jumlah Ahli Baru       :            50 orang
Jumlah Pengunjung    :           150  Orang
Perbelanjaan               :           RM 600.00
Aktiviti yang dijalankan        :           -     Pertandingan Mewarna
-          Buku Kegemaran saya
-          Pertandingan Kuiz am
-          Pertandingan Gubahan Tuala
-          Sukaneka – Pancing tin,Lambung belon & makan kek berpasangan.
-          Pameran : Kempen keahlian Perpustakaan,Pemeriksaan kesihatan,Pameran AADK & pameran Agrobank
  

4.      PERBELANJAAN :

Peruntukan Perpustakaan Desa
1)      Jamuan makan pagi & tengahari
2)      Bahan aktviti

Peruntukan dari Agrobank :

1) Banner
2) Tuala ( untuk gubahan )
2) Hadiah pertandingan ( Hamper tajaan Adabi )

Sumbangan Jabatan Penerangan :

1)      PA System

Sumbangan AADK

1)      Hamper cabutan bertuah

  RINGKASAN AKTIVITI

Aktiviti ini merupakan aktiviti anjuran bersama agrobank,AADK,jabatan penerangan dan Jabatan kesihatan.Aktiviti ini di adakan bagi memperkenalkan Agrobank kepada penduduk sekitar bagi mempromosikan mini kaunter yang di buka pada minggu pertama setiap bulan bertempat di Perpustakaan Desa Kg Serigala.Mini kaunter ini berfungsi untuk memudahkan penduduk sekitar untuk membayar bil semasa,kemudahan pembiayaan untuk usahawan IKS,Program bijak menabung,skim perlindungan kemalangan dan lain.Di samping mempromosikan perkhidmatan,pengunjung pada hari tersebut dapat berhibur dengan pameran dan aktiviti-aktiviti yang di sediakan berserta hadiah-hadiah yang menarik.Sebagai tanda penghargaan bagi peserta pertandingan mewarna,Pihak Agrobank memberi perkhidmatan yang percuma bagi pembukaan akaun untuk semua peserta yang terlibat.














5    

No comments: