Sunday, January 20, 2013

KRAFT PLASTESIN


1.0    PENDAHULUAN
Sempena cuti sekolah pihak Perpustakaan membuat aktiviti bagi memenuhi masa lapang kanak-kanak.Antara aktiviti cuti sekolah ialah kraft plastesin.

2.0 PELAKSANAAN
Tarikh                                :           27/11/2012 (Selasa)
Masa                                 :           10.00 pg – 12.30 tengahari
Tempa t                             :           Perpustakaan Desa Kg. Serigala
Perasmi                              :           - Tiada -
Kumpulan Sasaran             :           Kanak-kanak
Jumlah Peserta                  :           13 Orang
Jumlah Ahli Baru               :            3 orang
Jumlah Pengunjung            :           51 Orang 
Perbelanjaan                     :           Tiada

2.0  Ringkasan aktiviti
     Kraft pelastesin ini adalah aktiviti membuat bentuk buah-buahan dan sayur-sayuran di atas kertas keras.Aktiviti ini merangkumi proses membentuk bagi mewujudkan fikiran yang kreatif.





PROGRAM GALAKAN MEMBACA BERSAMA AGROBANK


1.      PENDAHULUAN

Aktiviti Galakan membaca merupakan acara tahunan yang dirancangkan dengan matlamat utama menanam minat dan amalan membaca kepada masyarakat setempat melalui aktiviti,acara dan pertandingan yang telah dilaksanakan,telah meningkatkan jumlah ahli dan pinjaman serta memberi kesedaran mengenai kepentingan membaca.

2.      OBJEKTIF

2.1.1        Mencungkil bakat para peserta menyampaikan maklumat
2.1.2        Memberi peluang kepada peserta untuk menyerlahkan bakat mereka
2.1.3        Meningkatkan daya kemahiran berfikir secara terbuka dan kreatif peserta.
2.1.4        Meningkatkan keyakinan pelajar sekolah dalam penggunaan bahasa yang baik.

3.       PELAKSANAAN
      Tarikh                         :           10/11/2012 (Sabtu)
      Masa                           :           8.00 pg – 12.30 pg
      Tempat                       :           Perpustakaan Desa Kg. Serigala
Perasmi                       :           - Tiada -
Kumpulan Sasaran     :           Kanak-kanak,Remaja dan Dewasa
Jumlah Peserta            :            84 Orang
Jumlah Ahli Baru       :            50 orang
Jumlah Pengunjung    :           150  Orang
Perbelanjaan               :           RM 600.00
Aktiviti yang dijalankan        :           -     Pertandingan Mewarna
-          Buku Kegemaran saya
-          Pertandingan Kuiz am
-          Pertandingan Gubahan Tuala
-          Sukaneka – Pancing tin,Lambung belon & makan kek berpasangan.
-          Pameran : Kempen keahlian Perpustakaan,Pemeriksaan kesihatan,Pameran AADK & pameran Agrobank
  

4.      PERBELANJAAN :

Peruntukan Perpustakaan Desa
1)      Jamuan makan pagi & tengahari
2)      Bahan aktviti

Peruntukan dari Agrobank :

1) Banner
2) Tuala ( untuk gubahan )
2) Hadiah pertandingan ( Hamper tajaan Adabi )

Sumbangan Jabatan Penerangan :

1)      PA System

Sumbangan AADK

1)      Hamper cabutan bertuah

  RINGKASAN AKTIVITI

Aktiviti ini merupakan aktiviti anjuran bersama agrobank,AADK,jabatan penerangan dan Jabatan kesihatan.Aktiviti ini di adakan bagi memperkenalkan Agrobank kepada penduduk sekitar bagi mempromosikan mini kaunter yang di buka pada minggu pertama setiap bulan bertempat di Perpustakaan Desa Kg Serigala.Mini kaunter ini berfungsi untuk memudahkan penduduk sekitar untuk membayar bil semasa,kemudahan pembiayaan untuk usahawan IKS,Program bijak menabung,skim perlindungan kemalangan dan lain.Di samping mempromosikan perkhidmatan,pengunjung pada hari tersebut dapat berhibur dengan pameran dan aktiviti-aktiviti yang di sediakan berserta hadiah-hadiah yang menarik.Sebagai tanda penghargaan bagi peserta pertandingan mewarna,Pihak Agrobank memberi perkhidmatan yang percuma bagi pembukaan akaun untuk semua peserta yang terlibat.














5    

FIND A NEW WORD


      Tarikh                               :           30 Oktober 2012 (Selasa)
      Masa                                :           10.00 - 12.00 t/hari
      Jumlah Peserta                  :           10 perempuan & 10 lelaki
Tempat                             :           Perpustakaan Desa Kg. Serigala
Perasmi                            :           - Tiada -
Kumpulan Sasaran           :           Kanak-kanak
Jumlah Ahli Baru              :            tiada
Jumlah peserta                 :           20 orang
Jumlah Pengunjung           :           30  Orang
Perbelanjaan                    :           Tiada



Ringkasan Aktiviti:

Aktiviti ini sebenarnya secara spontan, memandang kehadiran kanak-kanak yang ramai kami memutuskan untuk mengadakan satu aktiviti untuk mereka. Apabila kami mengumumkan untuk adakan aktiviti 'Bina Kata' kebanyakan mereka setuju dan meminta dijadikan satu pertandingan iaitu kumpulan lelaki berlawan dengan perempuan.

Sessi pertama mereka dikehendaki menyusunkan huruf-huruf yang diberi supaya menjadi satu perkataan. Manakala sessi kedua dari satu perkataan mereka dikehendaki membuat seberapa banyak perkataan yang boleh.

MARDI GRASS HAT







1.0    PENDAHULUAN

Demi meransang pertumbuhan minda kanak-kanak,aktiviti berbentuk origami dapat membantu minda kanak-kanak.Aktiviti ini mempunyai pelbagai proses yang mencabar minda kanak-kanak.Mardi grass hat ini adalah aktiviti membuat topi menggunakan kertas warna yang pelbagai.

2.0  PERLAKSANAAN
Tarikh                               :           10/10/2012 (Rabu)
Masa                                :           10.30 pg – 1.00 pg
Tempat                             :           Perpustakaan Desa Kg. Serigala
Perasmi                             :           - Tiada -
Kumpulan Sasaran            :           Kanak-kanak
Jumlah Peserta                  :           16 Orang
Jumlah Ahli Baru               :            tiada
Jumlah Pengunjung            :           26  Orang
Perbelanjaan                     :           Tiada

3.0  Bahan Aktiviti
-Manilakat
-Kertas warna
-Gunting
-Gam


4.0  Ringkasan aktiviti
     Aktiviti ini menggalakkan kanak-kanak supaya kreatif dalam membuat sesuatu,seperti membuat topi ini.Setelah selesai,kanak-kanak tersebut bergambar beramai-ramai dan membawa pulang untuk bermain di rumah mereka. 

TANJAK MERDEKA


1.0    PENDAHULUAN
Bagi memupuk semangat cintakan Negara,Aktiviti kali ini berkisarkan tentang Malaysia iaitu membuat tanjak Kemerdekaan sempena menyambut Hari Malaysia.

2.0 PELAKSANAAN
Tarikh                               :           08/09/2012 (Sabtu)
Masa                                 :           10.00 pg – 11.00 pg
Tempat                             :           Perpustakaan Desa Kg. Serigala
Perasmi                             :           - Tiada -
Kumpulan Sasaran           :           Kanak-kanak
Jumlah Peserta                  :           14 Orang
Jumlah Ahli Baru             :            Tiada
Jumlah Pengunjung          :           23  Orang
Perbelanjaan                     :           Tiada

3.0  Ringkasan aktiviti
Aktiviti ini terdapat beberapa langkah.Pertama mewarna,menggunting dan menampal.Setelah selesai,para peserta memakai tanjak kemerdekaan untuk pulang ke rumah.







HIDDEN LEAF


1.0    PENDAHULUAN
Pada waktu petangnya,sekali lagi aktiviti di buat.Kali ini aktiviti yang amat ringkat tetapi perlu menggunakan ketajaman pemikiran.Kanka-kanak di suruh mengira helaian daun yang tertindih selama 20 saat sahaja.

2.0 PELAKSANAAN
Tarikh                               :           08/09/2012 (Sabtu)
Masa                                 :           2.00 pg – 3.00 ptg
Tempat                             :           Perpustakaan Desa Kg. Serigala
Perasmi                             :           - Tiada -
Kumpulan Sasaran           :           Kanak-kanak
Jumlah Peserta                  :           12 Orang
Jumlah Ahli Baru             :           tiada
Jumlah Pengunjung          :           23  Orang
Perbelanjaan                     :           Tiada

3.0  Ringkasan aktiviti
     Setelah selesai,kami menyemak kembali berapakah bilangan helaian daun tersebut.Peserta yang betul dengan banyak dengan masa yang telah di berikan di berikan hadiah.