Monday, January 4, 2010

Sejarah Kampung Serigala



Kampung Serigala dibuka dalam tahun 1920-an, usaha pembukaan kampung ini telah diterokai oleh beberapa orang-orang tua yang berasal dari kawasan berhampiran dan juga yang pendatang dari seberang iaitu dari Sumatera, Indonesia. Mengikut sejarah dari orang-orang terdahulu yang mengetahui tentang pembukaan ini ialah mereka mendapati banyak anjing serigala berkeliaran di kampung ini dan sering mencuri ternakan penduduk kampung seperti kambing dan ayam. Justeru itulah kampung ini diberi nama Kg. Serigala. Anjing-anjing serigala berkenaan semakin berkurangan dan telah pupus pada penghujung tahun 1950-an akibat menjadi makanan kepada ular besar yang terdapat di kawasan paya dan belukar di situ.


Kg. Serigala ini terbahagi kepada dua iaitu Kg. Serigala Tengah dan Kg. Serigala Hulu. Keluasannya lebbih kurang 336 hektar. Lokasi Kg. Serigala ini ialah terletak di utara Bandar Behrang Stesyen dan di selatan Daerah Tg Malim. Ia berhampiran Sg. Bernam iaitu bersempadan dengan negeri Selangor dan Perak.

Kampung Serigala telah membangun seiring dengan kampung-kampung yang berjiran dengannya dalam pelbagai aspek seperti ekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya.