Friday, November 25, 2011

BUNNY MASK






1.0 PENDAHULUAN

Cuti sekolah telah kembali,Petugas perpustakaan merancang mengadakan pelbagai aktiviti bagi memenuhi masa lapang dan mempelajari craft yang terbaru.Sekaligus mewujudkan daya saing antara peserta untuk membuat bahan aktiviti dengan cantik dan kemas.

2.0 PERLAKSANAAN

Tarikh : 24/11/2011 (Khamis)

Masa : 10.00 pg – 11.00 pg

Tempat : Perpustakaan Desa Kg Serigala,Sg Selisik

Perasmi : - Tiada

Jumlah Peserta : 15 Orang

Jumlah Ahli Baru : Tiada

Jumlah Pengunjung : 25 Orang

Perbelanjaan : RM 50.00

3.0 PERBELANJAAN:

Hadiah : = RM 27.00

Guddies : = RM 23.00

.............................................................................................................

Jumlah = RM50.00

.............................................................................................................

4.0 BAHAN-BAHAN

1. Kertas Manilakat

2. Kapas

3. Serbuk kilat

4. Riben

5. Gam

6. Gunting

5.0 RINGKASAN AKTIVITI

Aktiviti kali ini adalah membuat topeng arnab (Bunny Mask ). Aktiviti ini menggalakkan kanak-kanak supaya kreatif dalam membuat sesuatu Aktiviti ini merangkumi teknik mewarna,menekap dan menampal supaya dapat menyempurnakan tugasan yang di berikan.

Tuesday, November 15, 2011

PROGRAM PERPUSTAKAAN RUMAH KEDUAKU





















1.0 PENDAHULUAN

Untuk menyemarakkan lagi ilmu Pihak Perpustakaan mempelbagaikan lagi aktiviti.untuk menarik minat komuniti untuk menerapkan cintakan ilmu dan cintai buku.Aktiviti ini berlainan kerana ia merupakan aktiviti permainan sambil mencari maklumat.Ia pasti menyeronokkan para pelajar.

2.0 SASARAN PROGRAM

2.1 Pelajar Tahap 2

3.0 PROGRAM

3.1 Explorace Ilmu – 50 peserta

Mempunyai 5kumpulan .Iaitu setiap kumpulan mempunyai 10 ahli.

3.2 Play times - 17 kumpulan : 5 peserta

4.0 ANJURAN

Aktiviti dan program yang dilaksanakan adalah di atas anjuran Perpustakaan Desa Kg Serigala dan Perpustakaan Pekan Hulu Bernam,Perpustakaan Awam Selangor dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat,JKKK Hulu Bernam,Pusat Jalur Lebar,Balai Polis Hulu Bernam dan SRA Hulu Bernam

5.0 TARIKH AKTIVITI SEHARI BERSAMA PERPUSTAKAAN

Tarikh : 10 /11/2011( Khamis )

Masa : 2.30 ptg – 5.00 ptg

Tempat : Perpustakaan Pekan Hulu Bernam

Perasmian : Tuan Hj Sukor bin Ali,Pengarah Dun Hulu Bernam

Tetamu VIP : En Abd Arif bin Abdullah,

Ketua Kg Hulu Bernam Selatan

En Abdul Aziz bin Nusim,Ketua Kg,Hulu Bernam Utara

Pegawai Dari PAID

Kumpulan Sasaran : Kanak-kanak

Aktiviti : - Explorace

-Playtimes

Jumlah Peserta : 130 Orang

Jumlah Ahli Baru : 150 orang

Jumlah Pengunjung : 200 Orang

Perbelanjaan : RM 450.00 – Dari Perpustakaan Desa Kg Serigala

RM 700.00 - Sumbangan

6.0 PERLAKSANAAN

· Pihak Perpustakaan meminta kerjasama pihak sekolah untuk menyediakan tempat aktiviti dan membantu perjalanan aktiviti ini.Dan juga meminta Kerjasama dari Pihak jkkk,Pihak PKM,Pihak Pusat Jalur Lebar.

· Tempat-tempat yang akan terlibat ialah Sekolah Ren Agama Hulu Bernam,Pusat Jalur Lebar dan akhir sekali Perpustakaan Pekan Hulu Bernam.

· Setiap penyertaan akan di berikan hadiah

7.0 PERBELANJAAN & SUMBANGAN

- Sumbangan : Pusat Khidmat Masyarakat

- Makanan : Pihak JKKK

- Hadiah Utama & Bahan : Perpustakaan Desa Kg Serigala & PPAS

- Hadiah Saguhati : Perpustakaan Pekan Hulu Bernam

& PPAS

- Hadiah Urusetia : En Sazali bin Abd Rahman & PPAS

- Hadiah VIP : Perpustakaan PPAS

- Saguhati ( Beg ) : Pusat Jalur Lebar

- PPAS akan memberi sumbangan sijil penyertaan dan sedikit sumbangan

7.1 Sumbangan : Pihak Pusat Khidmat Masyarakat

Pihak Pusat Khidmat Masyarakat telah menyumbangkan Sumbangan berbentuk wang sebanyak RM 500.00.

PERBELANJAAN

JUMLAH ( RM )

Khemah

320.00

Banner

100.00

Air Mineral

56.00

Tambahan makanan VIP

24.00

Jumlah Besar

RM 500.00

7.2Makanan

JKKK Hulu Bernam telah berbesar hati menaja makanan pada program tersebut.

Perkara

Menu

BILANGAN

Peserta & Urusetia

- Bihun

- Kuih 2 jenis

- Air kotak

150

VIP

- Bihun goreng

10

7.3Hadiah utama & bahan keperluan program

Budget daripada PNM,Perpustakaan Desa Kg Serigala telah menyediakan hadiah utama untuk Program ini. Berjumlah RM400

Aktiviti

Pemenang

Jumlah ( RM )

Explorace

- Pertama

- Kedua

- Ketiga

80.00

50.00

30.00

Playtimes

- Pertama

- Kedua

- Ketiga

80.00

50.00

30.00

Bahan aktiviti

80.00

JUMLAH BESAR

400.00

7.4Hadiah saguhati peserta

Perpustakaan Pekan Hulu Bernam telah menyediakan hadiah saguhati bernilai

RM 200.00

Aktiviti

Pemenang

Jumlah ( RM )

Explorace

- Keempat

- Kelima

20.00

20.00

Playtimes

- Ke-4 hingga 17

160.00

JUMLAH BESAR

200.00

7.5Hadiah urusetia dan vip

Atas sumbangan En Sazali bin Abd Rahman ,Pengetua dari SRA Sg Selisik sebanyak RM 100.00,Pihak Perpustakaan telah menggunakan sumbangan itu untuk hadiah saguhati untuk urusetia.

7.6Hadiah saguhati VIP dan peserta

PPAS Telah menyumbangkan buku untuk saguhati kepada jemputan VIP dan semua peserta.PPAS juga akan mengedarkan sijil penyertaan kepada peserta yang terlibat.

7.7Saguhati ( beg )

Dengan kerjasama dari pihak Jalur lebar,Pegawai bertugas telah memberikan sumbangan berbentuk beg untuk jemputan VIP dan Urusetia.

8.0 KEMPEN KEAHLIAN

Seramai lebih kurang 150 orang telah hadir pada program tersebut dan secara keseluruhan yang menjadi ahli perpustakaan adalah seperti berikut :

Keahlian Dewasa : 20 orang

Keahlian kanak-kanak : 130 orang

Jumlah keseluruhan : 150 orang

9.0 RUMUSAN

Ilmu bukan sahaja berkaitan dengan Buku,tetapi banyak cara untuk kita menyemarakkan lagi budaya ilmu ini dengan menyelitkan permainan dalam pencarian ilmu ini.Ia menyeronokkan dan mencergaskan minda para pelajar.Aktiviti ini dapat menarik minat pelajar untuk mendalami pendidikan awal supaya mereka lebih kreatif.Juga Ia mewujudkan persaingan yang sihat bagi pembelajaran pelajar supaya berlumba-lumba dalam prestasi di sekolah untuk mendapat keputusan yang baik.

Program Perpustakaan Rumah Keduaku 2011 telah berjaya dilaksanakan dan mendapat banyak maklum balas yang positif daripada orang ramai Mereka mengharapkan program seperti ini dapat diadakan setiap tahun bagi menggalakkan minat membaca di kalangan orang ramai dan menarik lebih ramai orang mengunjungi perpustakaan.