Wednesday, September 5, 2012

FISH ORIGAMI







1.0    PENDAHULUAN

Origami berasal dari perkataan Jepun ORIKAMI yang bermaksud seni melipat kertas sehingga membentuk bentuk-bentuk yang diinginkan.ORI bermaksud lipat dan KAMI bermaksud kertas.

2.0  PERLAKSANAAN
Tarikh                               :           25/08/2012 (Sabtu)
Masa                                 :           2.00 ptg – 4.30 ptg
Tempat                             :           Perpustakaan Desa Kg. Serigala
Perasmi                             :           - Tiada -
Kumpulan Sasaran           :           Kanak-kanak
Jumlah Peserta                  :           13 Orang
Jumlah Ahli Baru             :            tiada
Jumlah Pengunjung          :           29  Orang
Perbelanjaan                     :           Tiada

3.0  Ringkasan aktiviti
     Aktiviti ini masih di gemari oleh kanak-kanak kerana aktiviti ini menyeronokkan dari segi pencarian bahan,bersaing dari segi daya kreatif masing-masing.Hasil kerja peserta di tampal di sudut koleksi Perpustakaan Desa.

KEMPEN KEAHLIAN ABIM


1.0    PENDAHULUAN
Bagi meningkatkan keahlian,Petugas perpustakaan telah membuat kempen keahlian dari sekolah ke sekolah.Cara ini adalah lebih mudah kerana pelajar tidak perlu kemana-kemana.Petugas Perpustakaan akan datang ke sekolah bagi mengedarkan borang-borang keahlian

2.0 PELAKSANAAN
Tarikh                               :           08/08/2012 (Rabu)
Masa                                 :           10.00 pg – 11.00 pg
Tempat                             :           Perpustakaan Desa Kg. Serigala
Perasmi                             :           - Tiada -
Kumpulan Sasaran           :           Kanak-kanak
Jumlah Peserta                  :           45 Orang
Jumlah Ahli Baru             :            33 orang
Jumlah Pengunjung          :           56  Orang
Perbelanjaan                     :           Tiada

2.0  Ringkasan aktiviti
     Kempen keahlian ini mendapat sambutan yang amat memberangsangkan.Tenaga pengajar di ABIM memberikan kerjasama sepenuhnya untuk kempen keahlian ini.

Kg Tanpa Wayar 1 Malaysia



Pemasangan telah di buat pada 15 ogos 2012.perkhidmatan ini belum boleh di gunakan lagi kerana pemasangan di lakukan berperingkat-peringkat.Jarak WIFI adalah 300 meter dari perpustakaan.

Monday, August 6, 2012

MAJLIS MARI TURUN KE DESA PROGRAM KERJASAMA DENGAN KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA


1.0 PENGENALAN
Program “Majlis Turun Ke Desa” yang bertemakan “Sedetik Bersama, Semusim Terasa, Kita Semua Satu Keluarga” sebagai memenuhi pelaksanaan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah menyarankan supaya penjawat-penjawat awam turun padang untuk lebih mendekati masyarakat dan mengetahui masalah serta bantuan yang diperlukan. Bertepatan dengan Program Transformasi yang sedang dijalankan, pelaksanaan projek Community Service and Responsibility (CSR) merupakan satu pendekatan yang bersesuaian dalam mencapai saranan Perdana Menteri.
2.0 OBJEKTIF
Pelaksanaan Program “Majlis Turun Ke Desa” yang bertemakan “Sedetik Bersama, Semusim Terasa, Kita Semua Satu Keluarga” adalah bertujuan untuk:
·         Memberi pendedahan kepada penduduk orang asli berkenaan perkhidmatan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan.
·         Mengeratkan silaturrahim antara penduduk kampung dan penjawat awam.
·         Mengadakan kempen kesedaran penjagaan kesihatan di kalangan penduduk orang asli.
·         Mengadakan kempen peluang kerjaya oleh pihak bomba sebagai pendedahan kepada masyarakat orang asli tentang kerjaya sebagai anggota penyelamat.
·         Mengadakan kempen kesedaran penjagaan keselamatan oleh pihak bomba kepada penduduk orang asli.
·         Mengadakan kempen keahlian perpustakaan bagi menyemai minat membaca di kalangan kanak-kanak orang asli.
·         Memberi peluang semua penduduk orang asli untuk mengadakan
aktiviti sihat yang menyeronokkan.

3.0  AKTIVITI YANG DICADANGKAN:

·         Pemeriksaan kesihatan oleh Klinik Kesihatan
·         Pameran kerjaya dan kempen kesedaran keselamatan oleh Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kuala Kubu Bharu
·         Kempen keahlian perpustakaan bagi galakkan membaca oleh Perpustakaan Desa Kg Serigala
·         Aktiviti mewarna untuk kanak-kanak
·         Sukaneka- Bowling kelapa, tarik tali, sumpit belon, terompah gergasi, makan kek, limbo rock dan belon beracun.


3.1  Aktiviti sukaneka dan pertandingan mewarna ini dikendalikan oleh pihak urusetia dari Kementerian Pertahanan, Perpustakaan Daerah Hulu Selangor dan Perpustakaan Desa Kg Serigala. Sebanyak 7 jenis permainan telah diadakan untuk acara sukaneka iaitu:

·         Makan kek sambil tutup mata (dewasa berpasangan)
·         Bowling Kelapa (dewasa berkumpulan)
·         Kasut tempurung dan cari gula-gula dalam tepung (kanak-kanak)
·         Limbo rock (remaja)
·         Sumpit belon (VIP)
·         Belon beracun (kanak-kanak)
·         Tarik Tali (orang asli dan urusetia)


4.0  PERLAKSANAAN

Tarikh                               :           07/07/2012 (Sabtu)
Masa                                 :           9.00 pg – 2.00 ptg
Tempat                             :           Perkampungan Orang Asli,Kg Serigala,Sg Selisik
Perasmi                             :           - Tiada –
Kerjasama                        :           Kementerian Pertahanan dengan kerjasama Jabatan
Kemajuan Orang Asli Selangor, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor, Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia,Perpustakaan Daerah Kuala Kubu dan Perpustakaan Desa Kg Serigala
Kumpulan Sasaran           :           Kanak-kanak,44 buah Keluarga
Jumlah Peserta                 :           189 Orang
Jumlah Ahli Baru             :           35 orang
Jumlah Pengunjung          :           220  Orang
Perbelanjaan                     :           Dari Pihak MINDEF




5.0  PELAKSANAAN

Program Majlis Turun Ke Desa telah berjaya diadakan pada 7 Julai 2012 yang lalu di Kg Orang Asli (KOA) Bt. 5 Serigala, Kuala Kubu Bharu, 44030 Ulu Bernam, Hulu Selangor, Selangor. Program yang bermula dari jam 9 pagi dan berakhir pada jam 1.30 petang berjalan lancar dan kesemua aktiviti yang dirancang sebelum ini berjaya diadakan. Kehadiran penduduk kampung juga sangat menggalakkan di mana hampir 100 peratus penduduk telah hadir.

5.0  PENUTUP

Secara keseluruhannya, semua pihak berpuas hati dengan program yang diadakan dan objektif pelaksanaan program adalah seratus peratus tercapai. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Selangor, Klinik Kesihatan Sg Selisek, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Kubu Bharu, Perpustakaan Daerah Hulu Selangor, Perpustakaan Desa Kg Serigala, Batin dan penduduk Kampung Orang Asli Serigala serta pihak Kementerian Pertahanan sendiri di atas segala kerjasama yang diberikan.
Tidak dilupakan kepada pihak penaja iaitu Kelab Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan (KAKEP), Koperasi Tentera dan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) di atas sumbangan wang tunai dan sumbangan air mineral serta air kotak bagi program Majlis Turun Ke Desa ini.
Program sebegini dapat memberi impak positif yang berpanjangan sekaligus membantu meningkatkan taraf sosio-ekonomi keluarga dan kualiti hidup masyarakat orang asli Kg. Serigala seiring dengan pembangunan negara.





















Riang Ria Bersama ABIM


JULAI 2012

1.0    PENDAHULUAN
Tabika ABIM meminta kerjasama dari pihak Perpustakaan untuk mengadakan aktiviti bagi memenuhi sesi pembelajaran pelajar-pelajar ini.Bersempena dengan kedatang hari bapa dan kita bakal menyambut merdeka,pihak perpustakaan menyediakan beberapa aktiviti untuk mereka semua.

2.0  PERLAKSANAAN
Tarikh                               :           20/06/2012 (Rabu)
Masa                                 :           7.30 pg – 1.00 ptg
Tempat                             :           Pusat Jagaan Harian Warga Emas
Aktiviti                             :           i) fatherday hug colouring card
                                                     ii) Bendera kemerdekaan
Perasmi                             :           - Tiada -
Kumpulan Sasaran           :           Kanak-kanak
Jumlah Peserta                  :           30 Orang
Jumlah Ahli Baru             :            31 orang
Jumlah Pengunjung          :           42  Orang
Perbelanjaan                     :           Tiada

3.0  Ringkasan aktiviti
  Para pelajar amat memberikan kerjasama untuk menjayakan aktiviti ini.aktiviti ini juga di susuli dengan persembahan dari wakil dari pusat jagaan harian warga emas iaitu senaman dan tarian ringkas.Hadiah dan makanan di sediakan oleh pusat jagaan Warga Emas.




   

Thursday, July 19, 2012

LORAX N FRIEND


1.0    PENDAHULUAN
Memandangkan kanak-kanak lebih gemar mewarna daripada melukis,saya mengambil keputusan untuk mengajar kanak-kanak ini cara melukis dengan mudah dengan beberapa langkah,kita sudah boleh menghasilkan karya sendiri.

2.0  PERLAKSANAAN
Tarikh                               :           21/06/2012 (Khamis)
Masa                                :           2.30 ptg – 5.00 ptg
Tempat                             :           Perpustakaan Desa Kg. Serigala
Perasmi                             :           - Tiada -
Kumpulan Sasaran            :           Kanak-kanak
Jumlah Peserta                  :           12 Orang
Jumlah Ahli Baru               :            tiada
Jumlah Pengunjung            :           22  Orang
Perbelanjaan                     :           Tiada

3.0  Ringkasan aktiviti

Bagi menarik minat kanak-kanak melukis,saya memilih untuk memilih kartun yg terbaru iaitu LORAX N FRIEND sebagai hasil kerja mereka.hanya dengan beberapa langkah mereka telah berjaya melukis karakter tersebut.

4.0   Lampiran






Royal wedding paper doll



1.0    PENDAHULUAN
Kenangan semasa zaman kanak-kanak amat menggembirakan.Sebagai petugas,saya ingin berkongsi kenangan manis kepada semua pengunjung perpustakaan iaitu terutamanya golongan kanak-kanak.Kenangan manis itu adalah bermain anak patung buatan sendiri.tentu anda semua pernah mencubanya.

2.0  PERLAKSANAAN
Tarikh                               :           05/06/2012 (Selasa)
Masa                                 :           2.30 ptg – 5.00 ptg
Tempat                             :           Perpustakaan Desa Kg. Serigala
Perasmi                             :           - Tiada -
Kumpulan Sasaran           :           Kanak-kanak
Jumlah Peserta                  :           13 Orang
Jumlah Ahli Baru             :            tiada
Jumlah Pengunjung          :           25  Orang
Perbelanjaan                     :           Tiada

3.0  Ringkasan aktiviti
     Langkah pertama untuk membuat anak patung ini iailah mewarna patung berserta baju dan aksaseri.kemudian menggunting dan seterusnya melekatkan keratan patung tadi pada kertas manilakat supaya ia keras mudah untuk di peragakan.Kanak-kanak amat menikmati detik-detik membuat anak patung tersebut dan hasil anak patung mereka di pamerkan di sudut aktiviti perpustakaan.





Friday, May 25, 2012

Monday, May 21, 2012

Sunday, May 20, 2012

Thursday, May 17, 2012

LAWATAN LUAR


PENDAHULUAN
 Pembelajaran akan menyeronokkan apabila mengadakan aktiviti lawatan sambil belajar di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor,Muzium Shah Alam,Pusat Sains Negara dan Kolej Kinabalu,Universiti Malaya.

 PERLAKSANAAN 

 Tarikh : 15/04/2012 (Ahad)
 Masa : 7.30 pg – 6.00 ptg
 Tempat : Bermula di Perpustakaan Desa Kg. Serigala,Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor,Muzium Shah Alam,Pusat Sains Negara dan Kolej Kinabalu,Universiti Malaya.
 Perasmi : - Tiada - Kumpulan Sasaran : Kanak-kanak
 Jumlah Peserta : 41 Orang Jumlah Ahli Baru : tiada
 Jumlah Pengunjung : 43 Orang Perbelanjaan : Tiada

 Objektif
-  memberi bantuan pendidikan dn galakan kepada kanak-kanak di kawasan kampong untuk kampung untuk lebih cemerlang dalam pelajaran.

 Sasaran aktiviti 
 - Pelajar tahap 1 & 2

Aktiviti 
 - Lawatan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
 - Lawatan ke Muzium Shah Alam
- Lawatan ke Pusat Sains Negara
 - Lawatan Ke Kolej Kinabalu,Universiti Malaya

 Ringkasan aktiviti 

 Lawatan sambil belajar ini dapat mengembangkan minda para pelajar kerana dapat melihat dunia luar seperti perpustakaan,tempat menimba ilmu,melawat tempat-tempat bersejarah,pusat sains yang di penuhi dengan teknologi yang canggih sekaligus menuju ke menara gading iaitu Universiti Malaya.Objektif utama lawatan ini ialah,menyemarakkan ilmu sekaligus bercita-cita untuk menuju ke menara gading.