Monday, August 6, 2012

MAJLIS MARI TURUN KE DESA PROGRAM KERJASAMA DENGAN KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA


1.0 PENGENALAN
Program “Majlis Turun Ke Desa” yang bertemakan “Sedetik Bersama, Semusim Terasa, Kita Semua Satu Keluarga” sebagai memenuhi pelaksanaan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah menyarankan supaya penjawat-penjawat awam turun padang untuk lebih mendekati masyarakat dan mengetahui masalah serta bantuan yang diperlukan. Bertepatan dengan Program Transformasi yang sedang dijalankan, pelaksanaan projek Community Service and Responsibility (CSR) merupakan satu pendekatan yang bersesuaian dalam mencapai saranan Perdana Menteri.
2.0 OBJEKTIF
Pelaksanaan Program “Majlis Turun Ke Desa” yang bertemakan “Sedetik Bersama, Semusim Terasa, Kita Semua Satu Keluarga” adalah bertujuan untuk:
·         Memberi pendedahan kepada penduduk orang asli berkenaan perkhidmatan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan.
·         Mengeratkan silaturrahim antara penduduk kampung dan penjawat awam.
·         Mengadakan kempen kesedaran penjagaan kesihatan di kalangan penduduk orang asli.
·         Mengadakan kempen peluang kerjaya oleh pihak bomba sebagai pendedahan kepada masyarakat orang asli tentang kerjaya sebagai anggota penyelamat.
·         Mengadakan kempen kesedaran penjagaan keselamatan oleh pihak bomba kepada penduduk orang asli.
·         Mengadakan kempen keahlian perpustakaan bagi menyemai minat membaca di kalangan kanak-kanak orang asli.
·         Memberi peluang semua penduduk orang asli untuk mengadakan
aktiviti sihat yang menyeronokkan.

3.0  AKTIVITI YANG DICADANGKAN:

·         Pemeriksaan kesihatan oleh Klinik Kesihatan
·         Pameran kerjaya dan kempen kesedaran keselamatan oleh Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kuala Kubu Bharu
·         Kempen keahlian perpustakaan bagi galakkan membaca oleh Perpustakaan Desa Kg Serigala
·         Aktiviti mewarna untuk kanak-kanak
·         Sukaneka- Bowling kelapa, tarik tali, sumpit belon, terompah gergasi, makan kek, limbo rock dan belon beracun.


3.1  Aktiviti sukaneka dan pertandingan mewarna ini dikendalikan oleh pihak urusetia dari Kementerian Pertahanan, Perpustakaan Daerah Hulu Selangor dan Perpustakaan Desa Kg Serigala. Sebanyak 7 jenis permainan telah diadakan untuk acara sukaneka iaitu:

·         Makan kek sambil tutup mata (dewasa berpasangan)
·         Bowling Kelapa (dewasa berkumpulan)
·         Kasut tempurung dan cari gula-gula dalam tepung (kanak-kanak)
·         Limbo rock (remaja)
·         Sumpit belon (VIP)
·         Belon beracun (kanak-kanak)
·         Tarik Tali (orang asli dan urusetia)


4.0  PERLAKSANAAN

Tarikh                               :           07/07/2012 (Sabtu)
Masa                                 :           9.00 pg – 2.00 ptg
Tempat                             :           Perkampungan Orang Asli,Kg Serigala,Sg Selisik
Perasmi                             :           - Tiada –
Kerjasama                        :           Kementerian Pertahanan dengan kerjasama Jabatan
Kemajuan Orang Asli Selangor, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor, Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia,Perpustakaan Daerah Kuala Kubu dan Perpustakaan Desa Kg Serigala
Kumpulan Sasaran           :           Kanak-kanak,44 buah Keluarga
Jumlah Peserta                 :           189 Orang
Jumlah Ahli Baru             :           35 orang
Jumlah Pengunjung          :           220  Orang
Perbelanjaan                     :           Dari Pihak MINDEF




5.0  PELAKSANAAN

Program Majlis Turun Ke Desa telah berjaya diadakan pada 7 Julai 2012 yang lalu di Kg Orang Asli (KOA) Bt. 5 Serigala, Kuala Kubu Bharu, 44030 Ulu Bernam, Hulu Selangor, Selangor. Program yang bermula dari jam 9 pagi dan berakhir pada jam 1.30 petang berjalan lancar dan kesemua aktiviti yang dirancang sebelum ini berjaya diadakan. Kehadiran penduduk kampung juga sangat menggalakkan di mana hampir 100 peratus penduduk telah hadir.

5.0  PENUTUP

Secara keseluruhannya, semua pihak berpuas hati dengan program yang diadakan dan objektif pelaksanaan program adalah seratus peratus tercapai. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Selangor, Klinik Kesihatan Sg Selisek, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Kubu Bharu, Perpustakaan Daerah Hulu Selangor, Perpustakaan Desa Kg Serigala, Batin dan penduduk Kampung Orang Asli Serigala serta pihak Kementerian Pertahanan sendiri di atas segala kerjasama yang diberikan.
Tidak dilupakan kepada pihak penaja iaitu Kelab Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan (KAKEP), Koperasi Tentera dan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) di atas sumbangan wang tunai dan sumbangan air mineral serta air kotak bagi program Majlis Turun Ke Desa ini.
Program sebegini dapat memberi impak positif yang berpanjangan sekaligus membantu meningkatkan taraf sosio-ekonomi keluarga dan kualiti hidup masyarakat orang asli Kg. Serigala seiring dengan pembangunan negara.





















Riang Ria Bersama ABIM


JULAI 2012

1.0    PENDAHULUAN
Tabika ABIM meminta kerjasama dari pihak Perpustakaan untuk mengadakan aktiviti bagi memenuhi sesi pembelajaran pelajar-pelajar ini.Bersempena dengan kedatang hari bapa dan kita bakal menyambut merdeka,pihak perpustakaan menyediakan beberapa aktiviti untuk mereka semua.

2.0  PERLAKSANAAN
Tarikh                               :           20/06/2012 (Rabu)
Masa                                 :           7.30 pg – 1.00 ptg
Tempat                             :           Pusat Jagaan Harian Warga Emas
Aktiviti                             :           i) fatherday hug colouring card
                                                     ii) Bendera kemerdekaan
Perasmi                             :           - Tiada -
Kumpulan Sasaran           :           Kanak-kanak
Jumlah Peserta                  :           30 Orang
Jumlah Ahli Baru             :            31 orang
Jumlah Pengunjung          :           42  Orang
Perbelanjaan                     :           Tiada

3.0  Ringkasan aktiviti
  Para pelajar amat memberikan kerjasama untuk menjayakan aktiviti ini.aktiviti ini juga di susuli dengan persembahan dari wakil dari pusat jagaan harian warga emas iaitu senaman dan tarian ringkas.Hadiah dan makanan di sediakan oleh pusat jagaan Warga Emas.