1.0
PENGENALAN
Program “Majlis Turun Ke Desa” yang bertemakan
“Sedetik Bersama, Semusim Terasa, Kita Semua Satu Keluarga” sebagai memenuhi
pelaksanaan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia
telah menyarankan supaya penjawat-penjawat awam turun padang untuk lebih
mendekati masyarakat dan mengetahui masalah serta bantuan yang diperlukan.
Bertepatan dengan Program Transformasi yang sedang dijalankan, pelaksanaan
projek Community Service and Responsibility (CSR) merupakan satu
pendekatan yang bersesuaian dalam mencapai saranan Perdana Menteri.
2.0
OBJEKTIF
Pelaksanaan
Program “Majlis Turun Ke Desa” yang bertemakan “Sedetik Bersama, Semusim
Terasa, Kita Semua Satu Keluarga” adalah bertujuan untuk:
·
Memberi
pendedahan kepada penduduk orang asli berkenaan perkhidmatan awam yang
disediakan oleh pihak kerajaan.
·
Mengeratkan
silaturrahim antara penduduk kampung dan penjawat awam.
·
Mengadakan
kempen kesedaran penjagaan kesihatan di kalangan penduduk orang asli.
·
Mengadakan
kempen peluang kerjaya oleh pihak bomba sebagai pendedahan kepada masyarakat
orang asli tentang kerjaya sebagai anggota penyelamat.
·
Mengadakan
kempen kesedaran penjagaan keselamatan oleh pihak bomba kepada penduduk orang
asli.
·
Mengadakan
kempen keahlian perpustakaan bagi menyemai minat membaca di kalangan
kanak-kanak orang asli.
·
Memberi
peluang semua penduduk orang asli untuk mengadakan
aktiviti sihat yang
menyeronokkan.
3.0 AKTIVITI YANG DICADANGKAN:
·
Pemeriksaan
kesihatan oleh Klinik Kesihatan
·
Pameran
kerjaya dan kempen kesedaran keselamatan oleh Akademi Bomba dan Penyelamat
Malaysia, Kuala Kubu Bharu
·
Kempen
keahlian perpustakaan bagi galakkan membaca oleh Perpustakaan Desa Kg Serigala
·
Aktiviti
mewarna untuk kanak-kanak
·
Sukaneka-
Bowling kelapa, tarik tali, sumpit belon, terompah gergasi, makan kek, limbo
rock dan belon beracun.
3.1 Aktiviti sukaneka dan pertandingan mewarna ini
dikendalikan oleh pihak urusetia dari Kementerian Pertahanan, Perpustakaan
Daerah Hulu Selangor dan Perpustakaan Desa Kg Serigala. Sebanyak 7 jenis
permainan telah diadakan untuk acara sukaneka iaitu:
·
Makan
kek sambil tutup mata (dewasa berpasangan)
·
Bowling
Kelapa (dewasa berkumpulan)
·
Kasut
tempurung dan cari gula-gula dalam tepung (kanak-kanak)
·
Limbo
rock (remaja)
·
Sumpit
belon (VIP)
·
Belon
beracun (kanak-kanak)
·
Tarik
Tali (orang asli dan urusetia)
4.0
PERLAKSANAAN
Tarikh : 07/07/2012 (Sabtu)
Masa : 9.00 pg – 2.00 ptg
Tempat : Perkampungan Orang Asli,Kg
Serigala,Sg Selisik
Perasmi :
- Tiada –
Kerjasama : Kementerian Pertahanan dengan
kerjasama Jabatan
Kemajuan Orang Asli
Selangor, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor, Akademi Bomba Dan Penyelamat
Malaysia,Perpustakaan Daerah Kuala Kubu dan Perpustakaan Desa Kg Serigala
Kumpulan Sasaran :
Kanak-kanak,44
buah Keluarga
Jumlah Peserta :
189 Orang
Jumlah Ahli Baru :
35 orang
Jumlah Pengunjung :
220 Orang
Perbelanjaan : Dari Pihak MINDEF
5.0
PELAKSANAAN
Program Majlis Turun Ke Desa telah
berjaya diadakan pada 7 Julai 2012 yang lalu di Kg Orang Asli (KOA) Bt. 5
Serigala, Kuala Kubu Bharu, 44030 Ulu Bernam, Hulu Selangor, Selangor. Program
yang bermula dari jam 9 pagi dan berakhir pada jam 1.30 petang berjalan lancar
dan kesemua aktiviti yang dirancang sebelum ini berjaya diadakan. Kehadiran
penduduk kampung juga sangat menggalakkan di mana hampir 100 peratus penduduk
telah hadir.
5.0 PENUTUP
Secara
keseluruhannya, semua pihak berpuas hati dengan program yang diadakan dan
objektif pelaksanaan program adalah seratus peratus tercapai. Sekalung
penghargaan diucapkan kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Selangor,
Klinik Kesihatan Sg Selisek, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Kubu
Bharu, Perpustakaan Daerah Hulu Selangor, Perpustakaan Desa Kg Serigala, Batin
dan penduduk Kampung Orang Asli Serigala serta pihak Kementerian Pertahanan
sendiri di atas segala kerjasama yang diberikan.
Tidak dilupakan kepada pihak penaja
iaitu Kelab Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan (KAKEP), Koperasi Tentera
dan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) di atas sumbangan wang tunai dan sumbangan
air mineral serta air kotak bagi program Majlis Turun Ke Desa ini.
Program sebegini dapat memberi impak
positif yang berpanjangan sekaligus membantu meningkatkan taraf sosio-ekonomi
keluarga dan kualiti hidup masyarakat orang asli Kg. Serigala seiring dengan
pembangunan negara.
No comments:
Post a Comment